Tentang Ening Collection

Ening Collection ialah penerbit bahan pendidikan digital yang menyediakan nota, latihan, worksheet dan printable untuk membantu proses pembelajaran menjadi lebih mudah, tersusun dan menyeronokkan.

Apa yang Kami Sediakan

  • Daily Math Drill untuk latihan matematik berperingkat
  • Nota dan tutorial lengkap UPKK
  • Worksheet serta printable untuk pembelajaran
  • Bahan latihan PDF untuk ibu bapa, guru dan murid
  • Bundle bahan pendidikan digital

Matlamat Kami

Matlamat kami adalah untuk menghasilkan bahan pendidikan yang mudah digunakan, berkualiti dan praktikal. Kami mahu membantu ibu bapa dan guru menyediakan latihan yang sesuai, sambil membolehkan murid belajar mengikut kemampuan dan tahap mereka sendiri.

Untuk Siapa Bahan Kami?

  • Ibu bapa yang mahu membimbing anak belajar di rumah
  • Guru sekolah rendah, KAFA dan tadika
  • Murid sekolah rendah serta pelajar KAFA dan UPKK
  • Keluarga yang menjalankan pembelajaran homeschool
  • Sesiapa yang memerlukan bahan latihan PDF yang mudah dicetak