Daily Math Drill – BOOK 3: Tambah Nombor 2 Digit Tanpa Mengumpul Semula (PDF)

RM1.90

Untuk murid yang sudah lancar dengan fakta tambah asas dan bersedia belajar tambah 2 digit tanpa mengumpul semula. Fokus pada nilai tempat puluh dan sa.

Category:

Description

Adakah BOOK 3 sesuai untuk anak anda?

Fokus buku ini: tambah nombor 2 digit tanpa mengumpul semula. Pilih BOOK 3 jika anak sudah menguasai fakta tambah asas dan bersedia belajar menjumlahkan nombor 2 digit dalam lajur puluh dan sa. Semua latihan pada tahap ini tidak memerlukan proses membawa.

Apa yang anak akan latih?

  • Menyusun nombor mengikut nilai tempat puluh dan sa.
  • Menambah setiap lajur dengan tertib tanpa mengumpul semula.
  • Mengurangkan kesilapan akibat nombor yang tidak sejajar.

Tanda anak patut menggunakan BOOK 3

  • Anak boleh menjawab soalan tambah 1 digit tetapi belum biasa dengan bentuk lazim 2 digit.
  • Anak memahami puluh dan sa, namun masih tersalah susun nombor.
  • Anak perlukan latihan peralihan sebelum belajar teknik membawa.

Buku mana patut dipilih?

Belum bersedia: Jika fakta tambah asas masih perlahan, gunakan BOOK 1 atau BOOK 2 terlebih dahulu.

Selepas buku ini: Jika anak boleh menyelesaikan latihan ini dengan tepat, teruskan ke BOOK 4 untuk tambah 2 digit dengan mengumpul semula.

Maklumat produk

  • Format: PDF digital yang boleh dicetak
  • 120 latihan harian, 126 halaman, saiz A4
  • Latihan disusun secara berperingkat untuk kegunaan di rumah, sekolah atau kelas tambahan
  • Tiada produk fizikal akan dihantar
  • Pautan muat turun diberikan selepas pembayaran disahkan

Nota: Kecepatan setiap murid berbeza. Utamakan jawapan yang tepat dan kefahaman sebelum mengejar kelajuan.

Setiap pembelian adalah untuk kegunaan pembeli sahaja. Fail tidak boleh dijual semula, dikongsi atau dimuat naik ke platform awam.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Daily Math Drill – BOOK 3: Tambah Nombor 2 Digit Tanpa Mengumpul Semula (PDF)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *